Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah Allah SWT memberikan kesihatn yang baik hingga harini..
Anak adalah anugerah terindah untuk setiap mereka yang bergelar suami isteri. Dan ya aku bersyukur memiliki Anak pertama ku di awal pernikahan kami.
Cita-citaku adalah memiliki anak yg ramai. Kalau blh setahun seorang 😂. Tapi itulah, kita hanya merancang.. dan Allah SWT la sebaik-baik yg menentukan perjalanan hidup kita.
Allah SWT maha mengetahui.
Mungkin sedikit ujian membuatkan kami terpaksa abaikan dulu untuk menambah anak. Ialah kewangan pun penting juga untuk kelangsungan hidup anak-anak. Dengan sedikit kesabaran dan keredhaan kami suami isteri, akhirnya sumber kewangan kami bertambah baik. Alhamdulillah.
Dan bermula la episode kami mula ikhtiar untuk memberi adik kepada si sulong kami yang dah berusia 6tahun.
Kami ke klinik swasta untuk pemeriksaan penuh. Alhamdulillah semunya berjalan lancar. Berbekalkan nasihat dan ubat-ubatan dari doktor mula la perjuangan kami. Macam nak g berperang pula.. 😅
30/1/2021 tarikh TTC waktu subur dah jumpa!!
Tawakal sahaja.
Seminggu kemudian tangan da gatal nak cek UPT. Tapi tak nampak apa-apa lagi. Fuh,, sabar.. mungkin tak nampak lagi kot. Harapan tetap ada.
Hati da bagi firasat, mesti menjadi ni. Tapi rileks dulu. Ialah taknak kecewakan.
Seminggu kemudian pula, pada 16/2/2021 cuba la cek lagi. Eh ada 2 line la.
Rasa macam nk lompat bintang dia punyer gembira. Tapi buat rileks lagi. Ialah mungkin chemical prengancy kan? Sabar2. Suami pun xbgtau lagi..
Selang 3 hari cek lagi, eh betul la ada 2 line
Masa ni dah tunjuk kat suami dia boleh bt rileks je. Muka slumber jer. Walapun dalam hati dia ak tahu mesti excited jugak. Bukan apa, dia taknak aku kecewa lagi.
Sebelum ke doktor ni lama mana da kami cuba sendiri. Akhirnya bahu dia jugak yg ak hambur kan segala kesedihan tiap kali datang bulan 😝😝.
Kami rahsiakan dulu dari family. Bukan apa mcm terlalu awal sangat nk bagitahu berita gembira ni.
3/3/2021 tetiba ada spotting pagi tu.. aku da berdebar. Tak banyak. Sikit sahaja. Tapi hati ni x blh bertenang. Mintak suami ke klinik yg biasa kami pergi.
Scan n tgk ya Allah its Twin..Subhanallah. Tapi disebabkan spotting tu mungkin salah satunya x menjadi doctor bgtau nampak da kempis yg lg satu tu.
Sedih nya..
Doc bagi makan ubat kuatkan rahim. Nama apa ya ubat tu lupa pulak. Progestin kot.
Dalam hati duk doa smoga kedua-duanya selamat.
Ok la stakat ni dahulu nanti ak sambung lagi part 2 penantian 6 tahun.
Si sulong dah mintak perhatian tu